Rabu, 16 Agustus 2023

Pemandu Pelancong Di Bukittinggi & Padang



Assalamualaikum wbt.
Sebagai pembuka kata, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya hendrik. Saya berasal dari Bukittinggi, Indonesia. Saya seorang Islam dan telah mengikuti kelas pesantren semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Setelah itu, saya terus bekerja sebagai pemandu. Mula-mula, menjadi pemandu van syarikat Unilevel, pemandu van kilang roti, kemudian bawa lori, dan terbaru bekerja membawa van angkutan kota (seperti bas mini di Malaysia).Bekerja itu saya laukukan sambil bersekolah, sampai bersekolah saya selesai. Sekarang, saya bekerja sebagai pemandu van pelancong di sekitar Padang-Bukittinggi.
Saya membuat blog ini untuk memperkenalkan kawasan pelancongan yang terdapat di Sumatera Barat, atau lebih khusus di ranah Minangkabau yaitu Padang dan Bukittinggi. Saya juga bersedia menjadi pemandu pelancong kepada mereka yang berminat untuk membuat lawatan ke Padang dan Bukittinggi, terutamanya pelancong-pelancong dari Malaysia. Saya bekerja di bawah sebuah syarikat pengangkutan pelancongan yang memiliki beberapa buah bas dan van. Jangan khuatir, berapa pun bilangan rombongan pelancongan anda, insya Allah saya boleh uruskan.
Di blog ini juga saya akan perkenalkan beberapa produk pelancongan yang terdapat di Sumatera Barat ini. Di antara tempat menarik yang boleh anda lawati ialah Pantai Malin Kundang (Si Tanggang), Jambatan Siti Nurbaya, Singkarak (tasik kedua terbesar di Sumatera), Lembah Anai (air terjun), Rumah Gadang Padang Panjang (rumah minangkabau), Istana Besar Pagaruyung, Jam Gadang (clock tower), Rumah Buya Hamka (di tasik Maninjau), Lubang Jepun dan Janjang Koto Gadang (macam tembok besar Cina).
Selain itu, anda juga boleh jalan-jalan cari makan di sini. Di antara makanan yang mesti anda cuba ialah nasi padang, sate minang, buah markisa, buah salak, jus pokat, bika, murtabak mesir, kopi sumatera, nasi kapau, es teler (macam ABC), kerepek sanjai (ubi), keropok kili-kili (pun diperbuat daripada ubi, bentuk no. 8), dan pisang salai. Ada juga menu exotic yang mungkin tidak pernah anda jumpa di Malaysia tetapi boleh anda rasa di sini. Contohnya, belut goreng, rendang itik, ikan limbek dan gulai jangek (kulit lembu). Tentunya halal.
Bukittinggi juga terkenal dengan 'syurga' shopping buat orang perempuan. Barang-barang yang terkenal di sini, antaranya ialah kain sulam, telekung, kain batik, lukisan minyak dan barang cenderamata. Tempat shopping yang biasa dikunjungi pelancong ialah Pasar Atas, Pasar Bawah, Pasar Aur dan tempat-tempat sulaman yang terkenal seperti di Pandai Sikek.
Jika anda ke Bukit tinggi / Padang indonesia,gunakan lah perkhidmatan kami...Kami siap melayani anda dengan setulus hati...!!! Menyediakan: ~Paket tour lengkap 3 Hari/2 Malam. ~Paket tour lengkap 4 Hari/3 Malam. ~Paket tour lengkap 5 Hari/4 Malam. ~Paket tour lengkap 6 Hari/5 Malam. ~Sewa kereta/Mobil/Van/Bus. ~Company trip. ~Family day. ~Group tour. ~Homestay. ~Voucher hotel. ~Voucher Golf. ~Dan lainnya. Sebarang pertanyaan dan tempahan,Bolehlah terus menghubungin kami (HENDRIX)

Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, bolehlah terus menghubungi saya di
talian / whatsApp; 
  Hp;  +62 852 065 14444. 
 Tlp;  +62 61 765 23345 
Sekiranya saya tidak mengangkat telefon, sila tinggalkan pesanan dengan menghantar sms / WhatsApp.
email; hendrix_thamrin@yahoo.com
           hendrix.raja@yahoo.com. 
 Maaf, saya kurang arif menggunakan media sosial dan email untuk tujuan ini. Saya lebih selesa sekiranya anda berurusan terus dengan saya melalui telefon.



Contoh van, Transport yang saya gunakan untuk membawa pelancong

Akhir kata, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan puan ke negeri kami di ranah minangkabau ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sekian.

Info lengkap:
https://plus.google.com/u/0/+TOURSHOLLIDAYSMEDANtransportmedan/posts

Tidak ada komentar:

Posting Komentar